Ahad, 8 Mei 2011

'HAPPY MOTHER'S DAY'


JUST FOR FUN....'HAPPY MOTHER'S DAY'4 ALL MOTHER N BE COMING MOTHER..YUHUUU...
it's NORMAL when u're in yr 20s, u'll look very 'MENGANCAM'...when u're in yr 30s, u're begin to behave 'BERMACAM-MACAM'...when u turn 40s - 50s, u'll feel 'TERANCAM' & sadly, when u reach above 60s, orang langsung tak boleh 'CAM'!! Anyway HAPPY MOTHER'S DAY!!! hope we will all maintain 'MENGANCAM'

MAMA QASEH IDRAKI...

Sabtu, 7 Mei 2011

DOA BUAT IBU BAPA~~~AMIN~

BUAT MAK -TERIMA KASIH MAK.....



HASIL CHOCO DE CHOCOLAT..YANG AKU TEMPAH BUAT MAK....TAK SEBERAPA HANYA INGATAN TULUS IKLAS BUAT MAK... buat bonda yang amat yang kusayang..pengorbanan tiada terhingga,...mak adik sayang mak..harap mak dikurniakan kesihatan yang baik..di lindungi Allah S.W.T.

adik akan jadi ibu yang sebaik mak untuk anak-anak adik...amin..

ibu,
kalaulah ratu hatiku..

SAYANG MAK~~~

SELAMAT HARI IBU...


SAJAK : AJAIBNYA TANGAN IBU (KASIHNYA IBU),nukilan Dato' Ustzh Siti Nor Bahyah Mahamood

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,

Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,

Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,

Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,

Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...

Ketika jenazah ibu nak dimandikan...

di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...

Sentuhan ibu, sentuhan kasih...

Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu,

Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Jumaat, 6 Mei 2011

wah..ku join..CONTEST DETIK INDAH BERSAMA TERSAYANG...diilham oleh kenalan di blognyer..http://ummiakid-lily@blogspot.com/


sapa nak vote t p blog tu yer..dahh.....