Jumaat, 19 Jun 2009

renungan..sama-sama kita baca...

menggapai kesabaran dalam keluarga

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i,melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara.
Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah.Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukanpenghuni yang memukau; wanita muda dan jelita.
Dia meminta air. Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku.Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah".
Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya.
Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut "manusia kasar".
Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu.
Dia membersihkan kaki suaminya, menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masuk ke khemah.
Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia.Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk".
Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar.. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan.Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telah melaksanakan separuhagamaku.
Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar."

Empat Bidang Kesabaran
Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh rasional.
Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri.
Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki,maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan.

Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan; "Bila sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki dalam menjalani pernikahan?

Ada Empat Macam Bidang Kesabaran

Pertama :Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulan terakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pulasebaliknya.Masing- masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran.
Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi,bukan untuk saling mengalahkan." Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telahmenjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

QS An-Nisaa' : 1Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluhkesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluhkesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan,maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya. Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kitabegitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akansemakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akan bertahan lama.

Kedua :Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai.Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang.Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza,sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti. Dalam Al-Quran, katamitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah denganRasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelumang harta, sukses dalam kerjaya,tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteriyang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akanberkah dan bahagia..Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia.Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahanagar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasangan suamiisteri memutuskan untuk bercerai.Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri.Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan.Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi YangMaha Penyayang. Rasulullah SAW bersabda;" Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi olehyang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".

Ketiga :Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita dapat ,kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan . Allah SWT berfirman ;" Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah (nikmat)kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih "

Keempat :Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar. Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku , tetapi kami . Berkaitan dengan hal ini , Imam Syafi'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya ,dengancatatan anaknya harus saling mencintai .Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayahdan dua ibu .Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghurmati kedua orangtuanya.
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

QS Az-Zumar : 10Sabar adalah sebuah kenescayaan. . Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10,Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar.Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Mulakan hari dengan senyuman...

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?" Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..." Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2

Sama kita Hayati....hee..heee

Never love a love that hurts...never hurt a love that loves !!!~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~ ~~~~~~~~Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

best madah nie...Teringat Kenangan Dulu.....

RENUNGAN....

Waktu Tiada Berhujung

Betapa hebatnya waktu mengatur kita. Ketika loceng jam hari kerja berdering, tanpa diperintah segera kita berkemas. Menyimpan kertas dan pensil dalam laci, lalu meninggalkannya jauh-jauh. Seolah semua persoalan telah terpecahkan untuk hari itu. Padahal masalah tetap terjaga selagi kita pejamkan mata.Namun, esok hari, ketika lonceng jam kerja mulai berdentang, semua tumpukan masalah kita aduk, seolah ia terlampau banyak tidur semalam. Perselisihan pun bolehlah dilanjutkan kembali. Ah, betapa hebatnya waktu menghibur kita.

Betapa berghairahnya waktu membangunkan kita.Ketika kita mengatur waktu, sesungguhnya kita pun mengatur fikiran, mengatur emosi, dan mengatur perasaan kita. Kerana waktu adalah lingkaran dimana kehidupan kita berjalan, kita atur waktu untuk mengatur kehidupan.Kita rayakan sesuatu kerana kita berjaya ciptakan hari besar. Kita heningkan diri kerana kita tegakkan kesyahduan. Dan, semua itu kita rangkai dalam jalinan waktu. Maka, hanya mereka yang tak kenal akan waktulah yang terjerat dalam persoalan tiada berhujung. Waktu tidak berhujung hinggalah hari pembalasan.

Namun selepas itu juga waktu masih belum tahu penghujungnya.Kredibiliti adalah sesuatu yang sangat berharga. Sekali kredibiliti telah hilang, akan sangat sukar untuk diperoleh kembali. Tanpa kredibiliti, adalah mustahil untuk memelihara dan mencapai suatu kejayaan. Perhatikan dalam lingkungan yang penuh ketidak percayaan dan prasangka, hanya sedikit yang dapat dicapai seseorang.Janji dan komitmen bukan sekadar alat.

Jauh lebih penting, keduanya adalah apa yang kita perlukan untuk membangun ataupun menghancurkan kredibiliti. Oleh itu, kita harus memilih komitmen apa yang mampu kita berikan, dan janji apa yang mampu kita tepati.Sebuah kredibiliti yang kuat dan nyata, boleh membawa anda maju. Oleh kerana itu berhati-hatilah terhadap kredibiiti. Jangan korbankan itu demi kepentingan seketika. Berkatalah jujur, hormati komitmen anda, dan anda akan mampu meraih apa yang sekarang anda miliki atau atau tidak mampu anda mimpikan.Saya Tidak Tahu.Menjadi cerdas, tidak berarti mengetahui segala jawaban. Kadang1, jawaban paling cerdas yang anda dapat katakan adalah "Saya tidak tahu".

Diperlukan rasa percaya diri dan kecerdasan extra untuk mengakui ketidaktahuan anda. Dan saat anda melakukannya, anda sedang dalam proses mempelajari jawaban yang sebenar.Seringkali, kerana alasan kebanggaan dan mencegah rasa tidak selesa, kita mengatakan tahu, padahal kita tidak tahu. Dgn cara ini, kita telah menyia-nyiakan kesempatan untuk belajar lebih lanjut. Percayalah, tidak ada salahnya anda tidak mengetahui suatu hal.Bahagian penting dari kebijaksanaan adalah mengetahui batas pengetahuan anda. Mengetahui apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu.

Orang yang benar-benar cerdas adalah orang yang tahu dan mengerti, bahawa tak semua pertanyaan dapat ia jawab. Orang yang benar-benar cerdas, adalah orang yang mau bertanya, mau belajar, mau meningkatkan diri.Gunakan pengetahuan yang anda miliki, dan miliki pengetahuan yang anda perlukan. Itu adalah jalan terbaik yang dapat anda tempuh.

Sekadar Renungan dan selamat beramal....

MENJADI ISTERI YANG MEMULIAKAN SUAMI

Apabila seseorang wanita itu berkahwin, pastilah dia amat mengharapkan kebahagiaan dan kasih sayang yang berkekalan daripada suaminya. Jika ada wanita yang menafikan hal tersebut, itu hanyalah menunjukkan kesombongan dan sifat hipokritnya. Ingin menyayangi dan disayangi hakikatnya adalah fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas hamba-hamba Nya.

Malangnya pada hari ini, keinginan fitrah tersebut adakalanya begitu sukar dipenuhi. Banyak pasangan suami isteri yang renggang hati, tipis kasih sayang dan selalu timbul perselisihan antara mereka. Malah perceraian menjadi lumrah kehidupan.

Ertinya ramai isteri yang sedang menderita pada masa ini. Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?
Lelaki sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membina sebuah perkahwinan. Ini kerana mereka ingin memenuhi tuntutan fitrah yang ingin dibelai dan dilayan oleh seorang wanita bergelar isteri. Mereka juga mengharapkan sebuah keluarga yang dikelilingi dengan tawa tangis anak-anak, yang semuanya dapat mententeramkan jiwa dan perasaan mereka.


Sekiranya tuntutan fitrah ini tidak diisi, maka akan kosonglah jiwa mereka. Sekiranya isteri tidak memberi layanan yang sebaiknya sehingga rumah tangga menjadi hambar, maka tiadalah lagi makna sebuah perkahwinan. Suami tidak akan bahagia, hatinya tidak akan tenang meskipun rumahnya besar dan wangnya bertimbun.

Beberapa persoalan di bawah mungkin dapat membantu anda muhasabahkan diri, seterusnya memberi jawapan dan jalan penyelesaian ke arah membina rumah tangga agar harmoni, ceria dan sentiasa diredhai Allah.

Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan?

Setiap kali ketika suami pulang ke rumah dan anda berada di rumah ketika itu, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?

Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda berusaha dengan kemampuan dan masa yang ada, menjaganya agar teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami apabila memandangnya?

Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua yang telah dinyatakan diatas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang gembira hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati apabila didapati isteri yang sepatutnya berada di rumah, tiada di rumah ketika dia pulang dari kerja atau sebarang aktiviti luar.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumah tangga dan anak-pinak berkecamuk dan tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu apabila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri daripada memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan apa sekalipun, seorang isteri mesti memuliakan suami dan menghormatinya, di samping merasakan diri sendiri "memerlukan" suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuh padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.

Sebaliknya jika isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimuliakan dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumah tangga.
Apabila isteri mahu bertindak sama seperti suami atau mahu mengambil alih peranan suami tanpa disedari, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda, saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Mustahil seorang suami rela dikawal oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami suka diarah dan diperintah oleh isteri.
Sedangkan seorang wanita yang hatinya bersih daripada nafsu, memang rela berkhidmat dan menyerahkan seluruh jiwa raga pada suami.

Letak Diri Sebagai Hak Suami
Satu-satunya jalan bagi seorang isteri untuk mendapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, ialah dengan meletakkan dirinya sebagai "hak" suami dan rela untuk berkhidmat pada bila-bila masa. Adakalanya seorang isteri perlu mengorbankan kepentingan diri sendiri demi memenuhi hak suami yang perlu ditunaikan. Antara perkara yang wajar dilakukan oleh isteri termasuk:
Memasak sendiri dirumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami.
Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya.


Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami
Membina akhlak yang mulia agar suami terhibur.


Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumah tangga bahagia. Isteri yang bijak, kreatif dan sentiasa menambah ilmu dalam usaha membentuk kebahagiaan, mereka pasti akan berjaya.

Walaupun begitu perlu diingatkan bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah SWT. Ia tidak boleh dibuat-buat direka dan dirancang-rancang. Oleh itu, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan dalam rumah tangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah wajib dititikberatkan. Tanpa iman, adalah sukar bagi pasangan itu untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Khamis, 18 Jun 2009

Selasa, 16 Jun 2009

MENGHITUNG HARI...

ARI NIE GENAPLAH 37MGU 3 ARI AKU PREGGY...dah tak sabar nak tgu bby lam poyot nie keluar...hee..hee..jantinanya aku jer yang tau...ha....klu pompuan nak letak QASEH KAT DEPAN NAME DIE..OK TAK..OK LA NO...klu lelaki still Aisy cam along die...doakan la aku selamat lahir second baby nie...semakin ari poyot semakin membesar..dah tak larat nak bawa..hee..hee..tapi masa yang sulung tu 37mgu dah deliver si abang tu..kali nie..tanda2 nak melahirkan ..tak rase aper pon lagi...takut gak...dokt kata bile2 masa dah boleh bersalin..tapi aku dah la buat persiapan sume la kete dah...sian my hubby kena hantar aku g kerja n balik keja takut gak kan kang tebersalin lam kete sorang naya nanti...thank abang susah payah kerana ayang yer....love u so much la....doakan mama sihat n bby ..yer...mama sayang abah sesangat...cayang bangat...
persiapan untuk no 2 nie..tak banyak pon aku beli..baju abang die yang dulu pon leh pakai lagi..segala bantai tilam still elok lagi...guna la dulu..tapi baju baru untuk lam poyot nie ader gak mama beli..ha..ha...
Perasaan untuk preggy second nie takut gak...walaupon dah ader xprien...tapi kita kena ati2..hee..heee...;hubby aku paling susah ati...klu die kerja mlam 2...3 kali gak tipon tanya pasai aku...tahu die risau...aku ok jer..cuma letih jer...anak mama sorang tu..cam biasa la..manja bukan main lagi...klu abah die ader lagi la ngada...2 tu keluar..hee..hee..sayang anak mama..ok la...nanti sambung citer...klu dah bersalin kiter kasi tau..k...haa..haa...

Jari Punya Pasai....sian anakku


salam..nie nak citer ...anak ku tabiat die suka sangat isap jari tgok pic kat atas tu........jari telunjuk ngan jari antu..nak tido jer cari kain masuk jari due tu n dia akan tido..senang jer...hee..hee...tapi tabiat tak baik..kang bawa sampai besar karang....aku selalu la..tarik cari die...klu dah tido tu dah nyenyak tapi die terjaga...hee..hee..die wat cam puting plak...cepat jer die masukan balik..


bayangkan lah jari tu tak ader aper jadi..sian anakku....hee..hee..alkisah nyer jari yang selalu die kenan tu..sakit...luka..jadi cam melecur tu...apalagi nagis la tak boleh nak isap...sian die..sakit agaknya..mengamok la kawan..merenggek jer...jari due tu sakit..sian sangat tido malam pon tak selesa...seminggu gak la..tido die tak tentu...hubby aku suker la..lama-lama tabiat tu ilang kata die la..


mungkin die lupa..buat seketika..ari2 aku tanya.".mana jari amsyar yang sakit tu"die akan tunjuk ngan perasan sedih gitu..sian sangat...bayangkan la kita kehilangan sesuatu..cam tu rasanya ..cam anak aku rasa.....hee..hee..ok sekarang jari die dah ansur baik..abah dok boh ubat gamat kat die...nampak cam ok la..tak tahu..tgok cara die nak masuk cari lam mulut cam nak tak nak jer...tgok nanti klu jari die baik sepenuhnya..adakah anakku akan kembali ke tabiat asal..atau..dah tukar tabiat lain lak...sama kita fikirkan...ha..ha....byeeeee..

Selasa, 2 Jun 2009

majlis resepsi di Tawar....my adik hubby..

SelamatPengantin Baru achu & anjang...semoga bahagia hingga akhir hayat...
wif..my mother &father in law...





Ainul & Aliya..my anak sedara hubby...

Cantiknyer..n cute..

SUKER anak mama tu kiter pon nak interframe gak kan......

My family...ha..ha.....suker..


amsyar n mama...

my bby...new born...muhammad Ammar Rashid

ha..ha.. nie bukan my bby la...my bby coming soon next month la...jangan terkejut...
nie my new anak sedara..muhammad ammar rashid.. comey kan cam maklang die...heee..heeee
tak sabar lak rasenyer nak dpat second bby lak...ha..ha..tungguuuuuuuu...
berat lahir: 3.64kg rasenyer... ini pon second bby my sister...

COMEEYYYYYYYY.....AMsyar Suker....

Nie mama die..my sister....tembab cam mak die gak....ha..ha..ha..


semoga ammar Jadi anak yang soleh n cepat membesar bagai johan...leh cepat kawan ngan amsyar...hee.hee.

Layanzzzzz...pic nie..

Ramai nyer la..menunggu kek tu yer...hee..hee..hee..pakat sume berebut nak stoberi tu..sian sangat..terpaksa ler dipotong due la stobery tu...sorang sikit...anyway kita enjoy...

Kek yang sedang dipotong nyumm..nyummmmm....

Dah tinggal separuh dah..laku nie...hee.hee..hee sapa yang tak dapat lagi...cepat..ha..ha....layanzzzzzzzzzzz..

hepy anniversary...

sayang sokmo..la..selamat ulang tahun yang ke -3 semoga hubungan nie kekal hingga akhir hayat kiter...emmm muahhhh..mie sayang abang..


Sedap nyer.....nyummm..nyumm..yumm...



salam...31hb May 09 dah genapla tiga tahun ulang tahun perkahwinan mama n abah amsyar...tak sangka kan..sekejap jer dah tiga tahun..anak mama pon dah besar..setahun dah..coming soon bb lam poyot nie...sayang sokmo la..
ader la sikit2 raikan anniversary nie...potong kek makan2 gitu2 kat kg ramai..meriah gak..syokk...nie la kek anniversary kiter... ahhaa..sedap..black forest..lagi..ha..ha..order kat member dari balik pulau..klu nak order boleh contact die..ha..ha..t.q yer shada..