Rabu, 25 Februari 2009


TANPA...

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
Hohoo…
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
Hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku
tanpamu
AKu tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku
sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah
yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau
aku tak mengerti

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
Hohoo…
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
Hohoo…


Selasa, 24 Februari 2009

love GROWS....








love GROWS.....

ANUGERAH yang TERISTIMEWA......

Anugerah yang teristimewa buat ku n my hubby....aisy amsyar idraki....mama n abah sayang sangat.... love u my sweetheart.......

Keseronokkan terlampau.....

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Nie nak citer....perkataan yang pertama yang terkeluar dari mulut my baby nie adalah 'abah'...seronokkan yang terlampau bagi seorang yang bergelar abah...he..he.. my hubby bukan main la seronok..anak die leh panggil die abah...balik dari keje anak die la die cari...penat cam ner pon anak die first....my baby pon bila nampak abah die...macam terlalu teruja..nak g..he..he...mama die letak tepi sat....si kecik nie..pantang jer..suruh dukung la...terus tak main...bkan main anak abah nie...

my hubby nie die suke layan..main..main tu kasar2..syok bukan main la si kecik tu....dari lam perut lagi dah nampak aktif die...

bangun jer pagi abah yang die panggil...mungkin perkataan tu senang untuk diluahkan kot...mama sekali sekali tu ader la..masa nak minum susu..baru terkeluar...tapi yang kelakr...semua binatang yang die tgok semua die sebut bah....he..he...kacau la cam tu....he...baru belajar la..sebut perkataan...ahakk..ahhakk..good try my baby...

si kecik nie..faham aper kita kata..tu yang best tu...cepat paham...kalau kiter tak kasi die tak ambik..tapi jangan rampas benda yang die suke...pantang tok nenek die....kang mengamok...turun perangai sapa la yer...abah die kot....sory bie....tapi cepat boring ngan mainan die nie..kena banyak ilham la nak bagi die tak boring..klu boring si kecik abis semua barang die campaknyer ...paling best sekarang nie suka ajak kita main sorok2 plak....seronok die...ceria selalu...baru nie belikan die belon besar tu...teruja sekejap jer....paling die minat nak kacau mama die masak....nak sudu nak camca nak pinggan periuk la semua...cute sangat..sayang anak mama...
satu lagi...klu dok lam keta tak reti diam semua die nak explore..stereng la...lampu la...semua la...klu my hubby wak laju dia bukan main syok...nak gak dok tmapt driver...he..hee...nanti la sayang nak jadi pelumba terhandal pon..tunggu besar ckit ekkkk....emmmm...dengar my hubby nyanyi tersangat la suka ...entah sedap ker... suara abah die nie..ke sumbang...tapi..ketawa nie tak ingat2...kekadang tu..siap ikut nyanyi lagi...hee...he..

mama doakan anak mama nie....sihat, bijak n semakin cute....hee..hee..

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;






TIPS.rahsia bulan kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI*
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. * Rajin dan setiap yang dibuat Nampak keuntungan. * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. * Pandai mengambil hati orang lain. * Pendiam kecuali telah dirangsang. * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. * Mudah mendisiplinkan diri sendiri. * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. * Cukup sayang pada kanak-kanak. * Suka duduk di rumah. * Setia pada segala-galanya. * Perlu belajar kemahiran bersosial. * Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI*
Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC*
Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL*
Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit di sekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI *
Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatianorang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri). * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros

JUN*
Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * Orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI*
Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja

OGOS*
Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan

SEPTEMBER *
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * Orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

OKTOBER*
Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jalan tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat

NOVEMBER*
Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran ke hadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk di rumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER*
Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Isnin, 23 Februari 2009


PASTIKAN


Lihatlah Langit Di Atas Sana

Tersenyum Melihat Tingkah Kita

Selalu Ada PeristiwaYang Membawa Pertengkaran


Maksudku Hanya Ingin Yang Baik

Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta

Baiknya Aku Buruknya Aku

Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku

Jangan Ada Cinta Lain

Tak Pernah Aku TerlintasNiat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang

Bila Belum Kau Bahagia

Sejauh Langit Di Atas

Kan Ku Kejar Bahagiamu


Biar Langit Dan Bumi MeruntuhB

iar Jasad Kita Tertimbun Di Sana

Tetap Bersama,

Tak Ingin Lepas

Mencintaimu Ku Jadi Begini

KENANGAN TERINDAH
..............................................
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Wooo
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Tanggal 31hb may 2007..adalah kenangan yang terindah bagi ku bergelar seorang isteri kepada my hubby ahaakkks..mr zurairi zainol...gembira nie tak tau nak habaq kawin gak aku..he..he...
aku kenai hubby aku nie pon mase bangku sekolah lagi...masa mula kenai tu hubby aku kecik comel la...aku suka buli dia mase sekolah dulu...tapi dia tak kisah pon..sian plak..klu pikir dulu aku wat kat die..last2 jadi suami aku..ahhakssss...aku dulu juai mahai sikit malas a nak couple mase sekolah..aku niee boleh di kotegorikan sebagai rebutan gak la...mase tu nak juai mahai pon..tak sangka la my hubby nie gentlement..berani plak melahkan perasaan ...DIA frust gak la...lari g teknik..pastu masuk ITM kta permatang pauh tu....aku lak terus disekolah yang sama sampai SPM.. n ambik STPM N terus ke UUM...he..he..aku lost contact sampai aku dapat practicum kat penang nie..katt MASAIRLINES...
Jeng..jeng... kat sini bibit cinta bermula.....
aku tak tau my hubby ni keja di Penang...my hubby kata dia nampak aku kat public phone...terus dia cari phone aku terus dia phone...terkejut gak aku...he..he...pertama kali my hubby ajak keluar ngan die mase tu masing2 malu gak la...still cakap macam kengkawan..gitu...he..he...pastu...selalu gak la jumpak...caring giler...lain macam plak....rasenyer...mula la perasaan bercampur baur..tak contact sehari rindu plak..mase tu tak declare lagi..tapi perasaan nak tu aderla....sapa la tak tertawan klu dapat si caring nie...hee..he...abis jer practicum...aku still lagi dok kat penang..kejer kat sana lak...sewa rumah lak dekat ngan die..depan rumah lak...he..he..my hubby dulu dok ngan abang die...awal muharam kami pon declare...bermula..destinasi cinta...ha..ahaaa...cemburu gak my hubby mase couple nie...almaklumla dapt awekkss cun...he..he..kami couple setahun cam terus ikat tali pertunangan...6 bulan cam tu terus nikah...n sekarang..dah ader bby..he..he...yang aku berkenan sangat kat my hubby nie...seorang yang caring,tanggungjawab,baik..n cute.. tapi ader gak yang tak best kasar sikit n tak romantik sangat...janji dia sayang aku very much....hoby dia suka sangat lak memancing..kekadang tu fedup gak..tapi nak wat cam ner dah nama pon hobby....
satu lagi kenangan terindah aku n hubby...aku bunting pelamin agaknya...tak sangka nak ader bb dah mase tu...syokkk tersangat la my hubby...mase tu tercaring terlampau..sayang tersangat2 ngan aku nie...anak first...katakan...aku alah teruk gak la...selama 2 bulan gak la tak sihat..masuk hospital gak la...tapi tu perngobanan seorang ibu....selama 9 bulan..pregggy..aku pon selamat melahirkan anak aku yang cute cam my hubby hee.he..pada tanggal 3/04/2008 di Hospital Bersalin Pulau Pinang...alhamdullilah selamat semuanya...HINGGA SEKARANG AKU bahagia bersama my hubby n my bby aisy amsyar idraki...
INILAH KENANGAN YANG TERINDAH DALAM HIDUP KU....
aDE LAGI...second baby coming soonnn..Nnatikan KemUNCULANYA...DALAM bulan JULY09....
tAK sABAR RASENya....AHAKKASS ....

Jumaat, 20 Februari 2009

MY bIG famili


sALAM...

iNI la pic my famili...tapi pic nie tak cukup member la..ader la..tak masuk...akak yang no 2 tak der... pic nie ambik mase raya tahun lepas....kiter semua 8 beradik satu dah simpan...dah 5 tahun dah meninggal kan kami sefamily...sedih klu sambut ari raya coz dia tak der....tapi tak per abang tetap lam kenangan kitorang semua... my fisrt sis dah ader anak tiga..dua girl n 1 boy...my sis kawen ngan navy...dok lumut sekarang nie...yang sis no 2 nie ader anak 1 n coming soon second baby..My sis nie pediam sikit...sekarang menetap kat kepala batas...n I la no 3...paling cute rasanya..eekkk..perasann ahhhakkk..sapa nak puji ..puji a sendiri... I LA PALING peramah n penghibur ati keluarga..n paling banyak mulut...no 4 dah tak der...kitaorang call die abang..coz kiter semu tak der abang jadi call la dier abang...

klu die ader sekarang mungkin dah kawen kot...paling hensem dia la..ramai rebutan...nak wat cam ner tuhan lebih sayang kat die..Al- Fatihah....

no 5 plak..laki gak..hat nie kejer navy dok kat langkawi..dah nak kawen bulan 3 nie...ahahakk..bolehker nak pikul tanggungjawab berat tau....pemalu gak nie... yang no 6 plak...my younger sis nie dok ngan aku..kejer TESCO...suruh belajar tak nak...nie perangai pelik gak nie...degil gak la...

manja pon ader almaklum la...dapat adik pon lambat...tu jadi cam tu....yang no 7 laki gak...dah tingkatan satu..pemalu...hensem katakan...anak mak gak nie...anak sedara call him pak sue...n last pak der...yang nie baru darj 4...hat nie payah sikit perangai dia suka terus terang...n suka bergaya...terutama rambut misti mau kemas...makanan yang dia suka ayam..sambal tu jer la....klu kita masak kari tak makan nasi satu ari pon tak per.......tapi dia paling anak sedara sayang....senang ajak berunding...tapi oppppssss..panas baran gak...paling dia suka tgok bola...

tu la hobi die....main game ...belajar tu boleh la..jadi pengawas kat sekolah...he..he..dah la kecik...tak sesuai....moga berjaya akak doakan........

paling kite semua hormat paling kiter sayang mak n abah la...susah payah membesar kitaorang semua nie...terima kasih teramat kasihnyer kat abah n mak...tak terbalas rasanyer jasa diorang...abah kiter nie..pendiam tau..tak penah nak marah kitaorang...tapi klu dia tegur menangis ....uhuh...uhu...dulu kejer sebagai tentera dah pencen n pas tu kejer driver bus..at butterworth tu selama 20 tahun cam tu... nak sara anak2 dia sekolah...i love u abah...my abah nie suka makan sup sayur sawi ..tu la dia suka...n suka makan cucuq lempeng cicah kari....ahaaa...senang kan...kain baju dia tak penah mak kiter basuh tau dia basuh sendiri...bagus abah kiter nie...hee.hee..

citer mak kiter nie lagi la..suka cakap macam i la...dia kawen umo 16 tau..paling cantik la lam kg dulu...putih..tapi sekarang lagi cantik...garang tu boleh tahan a...rrr..masa kitaorang kecik la la nie dah jadi kawan ...suka memasak ..aper yang kiter request semua dapat...paling sedap masakan die la...tak terhingga la sedapnya...

kari die,,pehhhhhhhhhh...paling sedap.....pandai wat kuih..semua pandai la...tapi anak yang ikut dia pandai masak nie akak no 1 tu la...yang paling terer i la...huhuuuuu...klu raya wat rendang paling meleleh....sedap..hingga menjilat jari kaki la... tu la my mum....we love u mum....emmmmuah...adik doakan mak n abah sihat, panjang umo n dilindungi Alah swt...

IMPIAN kita semua nak hantar diorang g haji...insyaalah.........


salam sayang dari anakanda....







DapAT GenG cUTE....








niE LA geng cute aisy amsyar....cute tak...mama diorang lagi la cute...tgok anak la....



ke aisy amsyar yang cute lagi...



haaaa..haaa...



sayang si cute semua....jangan mare ekkk mama si cute nie....






yang sidemok bulat tu nama die muhammad khalish,debab sungguh...misti tak larat nak dukungbesday dia sama ngan aisy gak bulan yang sama...april coming soon.... yang mata bulat tu Aqil dANIEL....MATA dia punya la bulat.....cute plak tu....amsyar dah jumpa si aqil tu..kat Kfc... bila la agaknya nak jumpak si khalish tu ekkk....telatah ketiga baby cute nie..macam2 la tak abis nak citer...syokkk kan ader bby..cerita pasal diorang memamg tak abis setiap ari ader dia punya hal...macam perangai karang nanti diramg tunjuk...satu bulan ke satu bulan macam telatah .....cutttttttttttteeee sangat....klu diorang nie jumpa aper jadi ekkk...gamat takkkk...ahahaa...






Nakal tu tak tau la plak...aisy tetap nakal ngan telatah yang lucu n sekarang dah nak cuba jalan...1.2.3...lari....nanti arrrr..pelan2 la mama...ahakakk..mama yang tak sabar nak tgok anak mama nie jalan...n lari...



insyaallah semoga kesemua nanti become be anak soleh,bijak n berjaya....



salam...





HEPy bESdAY mAMA


19TH FEB ADAlah my besday...dah tue la..dah masuk 29tahun dah...


Allah selamatkan kamu Allah selamatkan aku,

Allah selamatkan kamu....


hepy besday to u..

hepy besday to...

hepy besday to mama,

hepy besday to u.....

..................................................................................................................................

semoga dikurniakan rezeki yang murah,sihat dan diredhai Allah hendaknya...

bersyukur sangat sekarang dengan aper yang dikurniakan....dapat hubby yang paham memahami..ader bby yang cute..n coming soon second baby lam perut nie...jangan nakal2 tau lam perut mama tau...


besday kali nie dapat wish paling banyak dari kengkawan.... thank my loving fren..sayang u all semua.. wish paling manis dari my hubby la...satu ciuman singgah kat pipi n dahi...ha..ha... my hubby nie bukannya romantik pon..kira ok la..dia wat cam tu.. ...

hadiah dia kasi....kasih sayang n baby lagi sorang...ahakkk..ahakk..tahun nie adiah untuk besday tak der la...abah pon delay adiah mama..la..

wish besday kali nie nak jadi isteri n mama yang terbaik di dunia dan akhirat...insyaallah..doakan mama sihat yer anak mama yang cute nie...



Selasa, 17 Februari 2009

OnCe UpON a TiMe


Ini Lah Saat bahagia kami sefamily...
tak sangka n tak percaya dah bergelar mama & daddy..hee..hee..
genap dah 11 bulan my baby n second baby coming soon... semoga my family diredhai Allah hendaknya... i love u abang...bagi kebahagiaan ini buat ayang ekkkkk...n dikurniakan zuriat yang cute sangat...
semoga perhubungan ini kekal hingga akhir hayat kiter yer....
doakan mama sihat yer untuk second baby n cute macam along die...sayang anak mama....aisy amsyar idraki..

SaYanG MaMa.....


sayang mama ....




nie la si comel kesayangan mama n abah yer..cute kan...dah bijak sekarang anak mama nie...


nak tahu aper dia wat masa cuti weekend ari tu..hee..hee..




si comel nie main pencelup merah abis satu rumah merah.ngan die sekali merah...nakal la anak mama nie... apa taknyeer die pon sibuk nak ngemas gak...tapi nampak cute sangat telatah die..heee.. dah nak ilang satu pasal makan mase gak la....cam dah kena dera....uhuuuuhu...




tapi sory arrrr..tak dan nak snap gambar die.mase tu..hee..hee..klu tgok misti kelakar sangat....tak pe tgok photo yang nie pon dah rasa kenakalannyer....

Pertama kali nak try....


saja suka-ska nak try wat blog nie..boring ngan keje...he..hee...tgok blog kengkawan best-best jer tapi kita kan baru belajar...


apa pun kita cuba try....tak cuba tak tahu...